Che Ta Bawak Baby Girl Ke Amsterdam!


KISAH kehidupan diva bernama Rozita Che Wan atau Che Ta sering kali mencuri tumpuan peminat hiburan.

Dari awal pembabitannya dalam industri hiburan hinggalah bergelar isteri kepada Zain Saidin dan kini mempunyai cahaya mata perempuan, semua gerak geri Che Ta diberi perhatian.

Kini dalam sibuk orang dok memuji kecomelan bayinya yang diberi nama Aaishah Dhia Rana, dengarnya Che Ta bakal melancong dan membawa bersama baby girlnya itu.

Perkara ini didedahkan Che Ta sendiri menerusi laman Instagram apabila memuat naik gambar pasport si kecil dengan kapsyen “yeaaay Aaisyah can see the world now.”

Wah-wah.. kemain taw Che Ta, diam-diam dah merancang melancong ke serata dunia lepas habis berpantang rupanya.

Apa lagi, peminatnya yang mendengar turut teruja lagi-lagi melihat foto pasport Aaishah yang teramat comel.

imageResize

Ketembaman pipi Aaisyah memang boleh buat orang yang melihatnya geram dan terasa ingin mencubit-cubit!

Bersama muat naik foto tersebut di Instagram, pelbagai kota terkenal telah dijadikan #hashtag oleh Che Ta termasuk London, Paris dan Amsterdam. Agaknya Che Ta nak bawa keluarga menjelajah negara Eropahlah ni..

Kalau betul, alahai untungnya Aaisyah kan? Kecil-kecil dah dapat jejak ke merata tempat yang jadi lokasi percutian idaman ramai orang tapi belum tentu berpeluang nak pergi sampai ke tua.

10852702_1512256222382454_1536528413_n

Baguslah, mungkin percutian ini cara Che Ta ingin berseronok bersama-sama keluarga tercinta selepas melepasi tempoh berpantang yang lama selepas melahirkan Aaisyah.

Apa-apa pun, moga Che Ta dan keluarga selamat pergi dan pulang daripada bercuti.


Rozita-Che-Wan-Akui-Bersolek-Ketika-Bersalin-ROTIKAYA