Memang benar bahawa nenek moyang kita dahulu pernah mengamalkan kahwin awal di mana mereka dinikahkan seawal usia 12 tahun hingga 17 tahun dan kekal bahagia hingga ke anak cucu, malah bercicit...
Namun tidak juga dinafikan bahawa perkahwinan di usia muda yang berlaku di zaman nenek moyang kita itu menyaksikan budaya poligami yang tidak mendapat tentangan dari kalangan isteri-isteri mereka berbanding isteri-isteri kini yang meminta cerai kerana enggan dimadukan, kan?
Menurut Islam, perkahwinan bukan semata-mata satu ikatan yang "menghalalkan perkara yang haram", di mana setiap pasangan itu memikul tanggungjawab yang berat dalam sebuah perkongsian hidup yang murni.
Si suami bertanggungjawab menyediakan makan minum, pakaian dan keperluan asas hidup, memberi bimbingan agama, memastikan keselamatan keluarga, dan sekaligus memastikan keluarganya menjurus ke arah yang diredhai Allah SWT.
Mungkin itulah yang cuba disampaikan oleh Chef selebriti terkenal, Chef Wan, berhubung isu "kahwin awal" di Malaysia, khususnya setelah perkahwinan di usia muda antara Muhd Muaz, 15, dan isterinya Amiera Nur
Ezati, 17, tiba-tiba viral di laman sosial.
Berikut adalah kenyataan penuh Chef Wan yang dipetik dari laman Instagramnya...
Sayangnya bukan ke waktu umur begini anak2 muda bertungkus lumus menimba ilmu di sekolah untuk menjamin kan lagi hidup mereka di masa hadapan? The paper say in BH Spore that the boy who is 15 decided bila dapat result examnya dia tak akan sambung belajar lagi.Terserahlah sama ada bersetuju atau tidak dengan pandangan Chef Wan tersebut atau sebaliknya... -KedahNews.com
Isteri 17tahun baru 2 bulan kenal.Apparently both parent mereka setuju pulak tu.Wow i am speechless that there are people who take marriage ni so simple tanpa memikir betapa besar tanggung jawab mereka sebagai parent untuk anak2 mereka.
If our entire nation anak2 muda is allowed to this bayang kan la masa depan negara apa nak jadi.
Lets not even speculate or buruk sangka about their marriage tetapi about both of them getting the right education, getting mature, berkerja, belajar hidup berdikari and finally berpasangan when the time is right.
There always a time for everything. U simply have to learned to be responsible of yourself and then start a family.
At 15 yrs old nak kerja apa tu nak tanggung anak dan isteri? Silap hari kencing tu berselerak lagi!