Apakah perasaan anda jika diberi peluang untuk tidur seketika sewaktu
bekerja, pastinya ini berita yang sangat memgembirakan bukan?
Sebuah kilang di Guangdong, China membenarkan pekerja mereka tidur di
tempat kerja selama 30 minit setiap hari kerana mendakwa ia boleh
meningkatkan produktiviti sebanyak 30 peratus.
Peraturan ini merupakan sebahagian daripada pembaharuan yang
dilaksanakan pihak kilang berkenaan sejak beberapa tahun lalu, supaya
pekerja lebih produktif.
Difahamkan, peraturan tidur di tempat kerja telah memberi banyak
manfaat kepada pekerja dan kerajaan China kini gembira dengan
peningkatan produktiviti pekerja yang diperoleh selepas mereka
dibenarkan tidur seketika.
Menurut laporan, sejak 2005, terdapat penambahbaikan seperti kenaikan
gaji, penyediaan asrama bagi pekerja yang ingin tidur berbaring dan
dewan makan diubahsuai jadi gelanggang pingpong serta tenis untuk
pekerja bersantai.
Sebenarnya, tidur sebentar di pertengahan hari adalah perkara yang sangat dianjurkan Islam, asalkan tidak dilakukan berlebihan.
Tidur sebentar pada waktu siang bukanlah tanda kemalasan kerana
tidurnya hanya sekejap, tujuannya untuk kesegaran tubuh badan seterusnya
mampu membuat produktiviti bertambah dan meningkatkan kecerdasan minda.
Apa-apa pun, buat anda yang sedang mengantuk di pejabat, kami selitkan video ‘skill’ hebat di bawah ini.