Dakwaan yang mengatakan Kelantan telah terputus hubungan dengan dunia luar disangkal keras oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan menyifatkan ia sebagai tidak benar sama sekali.
Setiausaha MKN, Datuk Thajudeen Abdul Wahab berkata, sememangnya terdapat beberapa laluan darat untuk keluar dari Kelantan terputus, namun menegaskan bahawa laluan udara masih beroperasi sepenuhnya.
Tambah Thajudeen lagi, jalan darat mengikut laluan Kuantan dan Kuala Terengganu masih boleh digunakan sehingga kini.
"Yang bermasalah sedikit di Kuala Lipis dan Jeli, tapi keluar masuk Kelantan boleh dilalui dari Kuantan dan Kuala Terengganu.
"Tak benar kata Kelantan terputus hubungan. Keadaan tidak begitu," katanya yang dipetik dari sumber sebentar tadi.
Thajudeen berkata demikian ketika mengulas tentang maklumat tersebar luas menerusi laman-laman sosial yang mengatakan Kelantan dalam bahaya dan kononnya terputus 100 peratus hubungan dengan dunia luar.
Setiausaha MKN itu turut memberi amaran kepada semua pihak supaya tidak menyebarkan maklumat yang tidak benar dan palsu yang mampu mengelirukan rakyat mengenai info terkini status lokasi banjir di seluruh negara, khususnya di laman sosial.
Katanya, pihak berkuasa bersedia mengambil tindakan ke atas mereka yang terbabit, namun tumpuan ketika ini adalah menyelamatkan mangsa banjir. -Kedahnews.com