DAP Pilih 3 Nama Dari AirAsia Jadi CEO MAS, Tolak Mueller

DAP menyarankan beberapa nama anak tempatan yang dikatakan mampu mengemudi Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) berbanding menyerahkan syarikat itu kepada individu yang merupakan warga asing.

Pengasas AirAsia, Tony Fernandes, dan dua lagi individu penting dalam syarikat penerbangan tambang murah itu, Kamarudin Meranon dan Azran Osman Rani, adalah tiga anak tempatan yang menjadi pilihan DAP untuk menerajui MAS.

"Di depan mereka seperti pasukan AirAsia, Tony Fernandes, Kamarudin Meranon dan Azran Osman Rani," kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, dalam satu kenyataannya yang dikeluarkan semalam.

Khazanah Nasional Bhd baru-baru ini mengumumkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAS baharu (NewCo), Christoph R Mueller, yang merupakan CEO syarikat penerbangan nasional Ireland Aer Lingus, sebelum itu berjaya memulihkan syarikat penerbangan Jerman, Lufthansa.

Guan Eng berkata, ketiga individu tersebut ternyata hebat dan berprestasi tinggi dengan membangunkan AirAsia meskipun syarikat penerbangan tambang murah itu dikatakan tidak menerima sebarang bantuan dari pihak kerajaan untuk terus mengaut keuntungan.

MAS sebelum ini difahamkan pernah "memaksa" Tony Fernandez untuk sama-sama membantu memulihkan syarikat penerbangan negara itu bersama Kamarudin, namun penglibatan dua individu AirAsia itu dipandang serong dan dibantah keras oleh kesatuan kakitangan MAS serta beberapa tokoh parti politik pembangkang.

"Swap share" yang berlaku di antara AirAsia-MAS tersebut terpaksa dibatal dan ditarik balik disebabkan desakan-desakan itu.

Antara hujah yang dilemparkan terhadap insiden "swap share" itu ialah tentang kononnya Tony Fernandes yang dikatakan cuba "mengambil alih MAS, sedangkan sumber dalam menegaskan pengasas AirAsia itu terpaksa dipujuk untuk membantu MAS. -KedahNews.com