Bekas Mufti Kerajaan Negeri Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin dikecam seorang penulis di sebuah portal ekoran kenyataannya yang seolah "menambah saham ke neraka" dengan persepsi buruk yang dilihat mampu memecah-belahkan rakyat.
Kata penulis berkenaan, sewaktu seluruh jentera kerajaan termasuk Perdana Menteri dan pak-pak Menteri yang lain sedang berjerih payah membantu lebih 200,000 mangsa banjir di Pantai Timur, bekas Mufti itu seakan tidak membantu memperbetul persepsi, namun lebih menjurus menjadi "batu api.
"Ketika ramai antara kita bertungkus lumus membantu mangsa banjir, menghulur derma barangan dan membetulkan fitnah yang berleluasa, seorang bekas mufti yang “gila populariti”, Dr Mohd Asri Zainul Abidin (Dr Maza) memilih untuk menyebarkan prasangka buruk dan fitnah yang boleh memecah belah rakyat.
"Ketika tersebar berita palsu bahawa kerajaan menghalang badan bukan kerajaan menyampaikan bantuan kerana mahu meletakkan logo Barisan Nasional terlebih dahulu, Mohd Asri bukan sahaja tidak membantu membetulkan tanggapan tetapi cuba menambah api lagi," tulis penulis berkenaan yang menggunakan nama pena, KuntaKinte Malaysia.
"Ketika tersebar berita palsu bahawa kerajaan menghalang badan bukan kerajaan menyampaikan bantuan kerana mahu meletakkan logo Barisan Nasional terlebih dahulu, Mohd Asri bukan sahaja tidak membantu membetulkan tanggapan tetapi cuba menambah api lagi," tulis penulis berkenaan yang menggunakan nama pena, KuntaKinte Malaysia.
Mohd Asri dalam kenyataannya menulis tentang berita yang dikenal pasti palsu dan disebarkan secara meluas di laman sosial.
“Diharapkan berita yang bertebaran yang menyatakan bantuan NGOs dan individu ada yang disekat oleh pihak tertentu sehingga diletakkan logo parti tertentu, juga ada NGO yang kena keluar dari sekolah dan kawasan bantuan kerana beri laluan kepada pekerja parti dan seumpamanya itu tidak benar-benar berlaku.
"Jika berlaku juga hendaklah dihentikan segera. Bukan masanya bermain politik kepartian di waktu ini. Kasihanilah rakyat! Berganding bahu dengan ikhlas untuk membantu sesama kita.”
Tulis penulis itu, kenyataan kedua pada status Mohd Asri atau lebih dikenali sebagai Dr. Maza dikatakan cuba menerapkan emosi melampau di kalangan pembaca yang mewujudkan kemungkinan berita palsu berkenaan benar-benar berlaku.
Cerita yang dikatakan Dr. Maza berkenaan telah disahkan palsu oleh pihak berkuasa dan pencetus fitnah berkenaan dikatakan akan diambil tindakan sewajarnya.
Selain itu, Kuntakinte Malaysia itu juga menyelar peranan bekas Mufti itu yang dilihat seolah membiarkan saja beratus-ratus komen berbaur fitnah yang dilemparkan para peminat di laman Facebooknya.
"Beratus komen di laman facebooknya mengutuk kerajaan tanpa sebarang fakta dan boleh dianggap fitnah langsung tidak ditegur oleh bekas Mufti ini. Beliau sibuk menegur pemerintahn sehingga akhlak penyokong buat-buat tidak nampak," tulis kolumnis itu lagi.
Katanya, selaku seorang yang bergelar ulama, Dr. Maza seharusnya mengambil peranan yang ditinggalkan ulama silam dengan "membina jalan ke syura".
Sebaliknya, bekas Mufti yang dikatakan mempunyai hubungan baik dengan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim itu lebih terdorong membawa umat Islam ke neraka.
Dr Maza sebelum ini sering mencetus kontroversi berhubung beberapa isu ekoran pandangannya yang agak "aneh" dan "janggal". -Kedahnews.com