Mungkin generasi muda di zaman ini "terlebih" kreatif sehingga tergamak mempersenda hal-hal berkaitan agama menerusi laman-laman sosial.
Mungkin mereka fikir tindakan tersebut hanyalah sekadar "lawak jenaka", namun mereka tidak sedar "lawak jenaka" itu secara tidak langsung turut mempamerkan ahklak mereka menyindir agama Allah.
Kalau nak "glamour" cepat sekalipun, rasanya tidak wajar menjadikan hal-hal berkaitan Islam sebagai bahan lawak memandangkan ia mampu mencetus rasa tidak puas hati di kalangan umat Islam lain.
Terbaru, merujuk dari laman portal Mynewshub.cc, kecoh di laman media sosial mengenai dua individu yang memuat naik gambarnya sedang menunaikan solat dengan memakai helmet (topi keledar).
Sememangnya solat merupakan perkara wajib yang ditunaikan umat Islam sebanyak lima kali sehari.
Namun sekiranya dirujuk pada hukum hakam dari mana-mana ustaz atau ulama sekali pun, diyakini bahawa solat itu tidak sah sekiranya kita menunaikan solat dengan memakai helmet.
Ia dipercayai tidak sah kerana menurut jumhur ulama menegaskan bahawa dahi merupakan antara tujuh anggota sujud yang diwajibkan menyentuh tempat sujud ketika bersolat.
Ia adala berdasarkan hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas r.a di mana baginda telah bersabda yang bermaksud :
"Aku diperintahkan supaya bersujud di atas 7 tulang iaitu dahi , dua tangan , dua lutut dan di penghujung (jari-jari) dua kaki serta menyingkap pakaian dan rambut "(Riwayat al-Bukhari no. 812 dan Muslim no. 490)
Semoga dua individu berkenaan sedar atas kesalahan mereka dan segera meminta ampun dari Allah SWT dan diberi keampunan pada mereka.
Sewajarnya mereka berdua menarik balik "lawak menghina" tersebut dengan segera dan meminta maaf pada seluruh umat Islam atas ketelanjuran tersebut. Wallahua'alam. -KedahNews.com