Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) Lawyers for Liberty yang dilihat pro-Pakatan Pembangkang hari ini melalui
Pengarah Eksekutifnya, Eric Paulsen secara terbuka menganggap PAS sebagai sebuah parti politik yang obses terhadap seks.
Lebih mengejutkan lagi, Eric yang juga merupakan pengasas pertubuhan guaman itu turut mengaitkan Islam dan hukum hudud dalam pertikaiannya menghentam PAS.
"Pas is sex obsessed. Is that what hudud or Islam is all about?", tulis Eric di akaun laman sosial miliknya sebentar tadi.
Eric dipercayai mengulas mengenai larangan bersetubuh dengan
isteri melalui dubur atau liwat dalam hukum hudud yang dicadangkan PAS untuk dilaksanakan di Kelantan sebelum ini.
Selain itu, Pengarah Eksekutif Laywers for Liberty itu juga tanpa rasa bersalah bertindak mengkritik hukum hudud sebagai zalim dan tidak berperlembagaan.
Mengaku tidak faham dengan hukum hudud, dia turut mendakwa hukum hudud yang turut ditolak oleh DAP dan PKR itu tidak sesuai dilaksanakan di zaman serba moden ini.
"Tak faham obsesi Pas dengan hudud. Ianya tak berperlembagaan, zalim & tak sesuai dengan zaman moden," katanya.
Kerajaan PAS Kelantan akan membentangkan pindaan dalam Rang Undang-Undang
Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaah 2014) dalam sidang Dewan Undangan
Negeri (DUN) Kelantan pada 29 Disember depan.
Timbalan Menteri Besar Kelantan,
Datuk Mohd Amar Nik Abdullah sebagai berkata, Jawatankuasa Teknikal
Pusat mengenai hudud akan bermesyuarat pada bulan ini untuk merumus dan
mencadangkan kepada kerajaan negeri serta pusat bagi memastikan ia dapat
direalisasikan tahun depan.
DAP dalam satu konvensyennya yang berlangsung baru-baru ini menegaskan pendirian parti itu yang menentang perlaksanaan hudud di Malaysia, termasuk di Kelantan dengan alasan perkara berkenaan tidak
dalam Perlembagaan Persekutuan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk
Seri Jamil Khir Baharom sebelum ini membuka ruang perbincangan dengan PAS dan bersikap terbuka dalam usaha meneliti serta mengkaji hukum hudud yang cuba dibentang PAS.
Jamil Khir turut menyerahkan kepada budi bicara Kerajaaan PAS Kelantan mengenai masa yang difikirkan sesuai bagi membentang usul perlaksanaan hudud di dalam Parlimen.
Peneriman positif Kerajaan Barisan Nasional atas usaha ke arah perlaksanaan hudud itu dipandang tinggi oleh masyarakat Islam di Malaysia.
Bagaimanapun DAP, PKR dan beberapa NGO seperti Lawyers For Liberty tampil membantah keras usaha melaksanakan hukum berkenaan.
Lawyers for Liberty sebelum ini begitu vokal menyokong suara Pakatan Rakyat selain membela Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menghadapi tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan.
Pertubuhan guaman itu turut disertai beberapa peguam beragama Islam bertudung seperti Fadia Nadwa Fikri yang juga dikenali ramai sebagai antara peguam yang aktif dalam gerakan pro-pembangkang.
Turut dilaporkan "kurang" menyokong perlaksaan hudud adalah beberapa pemimpin utama PAS seperti Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang mendakwa hukum berkenaan bukan satu agenda utama yang perlu direalisasikan.
Berkenaan Rang Undang-Undang Hudud yang akan dibentangkan itu, antara
pindaannya ialah larangan melakukan liwat ke atas isteri sendiri yang
boleh membawa hukuman dibawah Takzir. -KedahNews.com