Beberapa hari lepas tersebar berita bahawa model kereta legenda
Mitsubishi Evolution, yang kini telah sampai generasi ke 10 akan
berakhir atau dalam erti kata lain tiada lagi kesinambungan model yang
akan membawa jenama Evolution selepas Evo X, seperti mana dilaporkan
oleh Autoblog.
Salah satu alasan Mitsubishi adalah mahu beri tumpuan penuh kepada
teknologi hibrid yang bakal menjadi strategi utama untuk menakluki
pasaran baru pada masa depan.
Dikhabarkan, Mitsubishi Evolution tidak lagi sesuai dengan
persekitaran kenderaan hibrid dan elektrik yang semakin mendapat
perhatian ketika ini.
Perkara ini telah disahkan sendiri oleh Pengerusi Mitsubishi Amerika Syarikat.
Naib Presiden Eksekutif Mitsubishi Amerika Syarikat, Don Swearingen
berkata, Evo telah “datang dan pergi” dan kini, kereta lumba elektrik
seperti MIEV Evolution III membayangkan apa yang masa depan mahukan di
pasaran.
Tetapi sebelum Evo mengakhiri legasinya, Swearingen mengumumkan
Mitsubishi akan melancarkan model edisi khas untuk menandakan
penghujungnya.
Seperti dilaporkan sebelum ini, Mitsubishi akui tidak akan mengalah
dari platform kereta prestasi tinggi tetapi menyatakan bahawa
penggantian Evo akan menampilkan sesuatu yang sangat berbeza kerana ia
adalah SUV hybrid, sama sekali tak sama seperti model konsep XR-PHEV.
Malangnya, ia mungkin mengambil masa beberapa tahun dari sekarang
sebelum pengganti Evo diperkenalkan kerana menurut Mitsubishi
pembangunan tidak akan dimulakan sehingga mereka mempunyai teknologi
yang sesuai.
Sebenarnya sama seperti peminat Evo lain, penulis mengharapkan
Mitsubishi Evolution akan terus dikeluarkan, supaya jenamanya kekal
hidup sebelum jadi legenda selamanya.
Terlalu banyak kereta sport berprestasi tinggi dengan harga melebihi
RM500 ribu, kebanyakannya mempunyai hanya dua pintu.. bosan.
Sumber: Mynewshub.cc