Fizo memuat naik gambar yang menunjukkan dia sedang dalam perjalanan untuk menghantar bantuan kepada mangsa banjir di Kelantan dan mendapat kritikan daripada pengikut di Instagram. |
Sedang pelakon, Fizo Omar berjerih-payah turun padang menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di Kuala Krai, Kelantan, dia teruk dikecam beberapa peminat hanya kerana gambar-gambar selfie yang dimuat naik di laman instagramnya.
Wan Hafizol Wan Omar yang juga merupakan seorang usahawan itu menjelaskan bahwa sebetulnya dia hanya berniat untuk berkongsi keadaan banjir yang membimbangkan selain berdoa untuk mangsa-mangsa banjir yang terlibat, dan bukannya untuk bermegah-megah.
"Gambar selfie yang saya muat naik itu sebenarnya ingin menunjukkan keadaan di Kelantan ketika ini yang masih dalam keadaan membimbangkan dan bukannya ingin bermegah-megah.
"Apa sahaja yang kami buat selama beberapa hari ini adalah hanya kerana Allah, tidak lebih daripada itu.
"Gambar selfie yang saya muat naik itu sebenarnya ingin menunjukkan keadaan di Kelantan ketika ini yang masih dalam keadaan membimbangkan dan bukannya ingin bermegah-megah.
"Apa sahaja yang kami buat selama beberapa hari ini adalah hanya kerana Allah, tidak lebih daripada itu.
"Apa yang boleh saya katakan, adalah
lebih baik mereka mendoakan kesejahteraan mangsa banjir dan jangan
keruhkan keadaan kerana ia tidak membawa sebarang makna," katanya yang dipetik dari mStar.
Difahamka bahawa Fizo ketika ini masih tegar berada di Kota Bharu, Kelantan sebagai sukarelawan bagi membantu proses mengagihkan barang-barang bantuan kepada mangsa banjir yang terlibat di sana.
Difahamka bahawa Fizo ketika ini masih tegar berada di Kota Bharu, Kelantan sebagai sukarelawan bagi membantu proses mengagihkan barang-barang bantuan kepada mangsa banjir yang terlibat di sana.
Fizo berada di Kelantan sejak empat hari lalu. |
Katanya lagi, dia dan pasukannya menggunakan kenderaan pacuan empat roda untuk menghantar bantuan terus ke rumah mangsa yang masih terperangkap dan tidak sempat untuk diselamatkan.
"Ada yang masih terperangkap di rumah sejak banjir berlaku dan mereka ini menjadi tumpuan kami kerana kebanyakan daripada mereka sudah berhari-hari tidak makan kerana tidak boleh bergerak ke mana-mana.
"Alhamdulillah perjalanan kami untuk ke sana dipermudahkan dan kebetulan kami menggunakan kenderaan pacuan empat roda dan membolehkan kami merentasi kawasan yang dinaiki air," katanya.
Jelasnya, biarpun bekalan yang dia bawa untuk mangsa telah pun selesai diserahkan namun dia akan berada di negeri itu untuk beberapa hari lagi untuk membantu menghantar bekalan makanan yang tiba dari Kuala Lumpur hasil sumbangan orang ramai dan Badan Bukan Kerajaan (NGO).
Suami Mawar itu turut menyatakan bahawa mereka akan berulang alik dari lapangan terbang ke tempat banjir untuk menghantar barang-barang tersebut dan menyeru sesiapa yang mempunyai kenderaan pacuan empat roda untuk tampil membantu.
"Syukur Alhamdulillah masyarakat Malaysia memang amat prihatin dengan kejadian menimpa penduduk di negeri Pantai Timur dan pelbagai barang tiba di lapangan terbang untuk diagihkan.
"Atas sebab itu kami ambil keputusan untuk terus berada di sini sehingga keadaan beransur pulih dan membantu apa yang perlu," kata Fizo.
Hairan juga Kedahnews.com dengan komen-komen negatif dari segelintir peminat.
Mereka sedang "enak-enak" bersantai di rumah bersama telefon pintar dan gajet mengutuk, sedangkan Fizo jelas sedang beramal menyimpan "saham pahala" untuk akhirat di Pantai Timur.
Namun Fizo dikutuk dan dicerca pula? Wajarkah tindakan itu? -Kedahnews.com