Gadis Temui Nota Seram Di Bilik Hotel Pada Malam Krismas...

Amy Jones
Seorang gadis, Amy Jones, 21, menemui sekeping nota yang menyeramkan ketika bermalam di sebuah bilik hotel di Scotland. 

Nota yang ditemui dalam laci itu menyuruhnya supaya beredar dari bilik berkenaan.

“Jangan buka pintu yang berkunci ini. Jangan percaya bisikannya. Keluar, Cuma keluar,’’ demikian tulisan dalam nota berkenaan.

Selepas Jones memuatnaik nota berkenaan di twitter, ia terus tersebar.

surat

Menurut Jones yang juga pelajar tahun akhir di sebuah universiti itu, percutiannya ke Scotland itu adalah merupakan hadiah sempena Hari Natal lalu.

Dia menyewa bilik hotel berkenaan sendirian.

Selepas menemui nota menyeramkan itu, Jones kemudiannya mencari pintu yang dimaksudkan itu dan mendapati ia bertentangan dengan katilnya.

“Saya terkejut ketika menemui nota berkenaan. Namun melucukan apabila mesej berkenaan kini trending di twitter,’’ katanya yang menyifatkan nota itu hanya gurauan.

Jones juga tidak menamakan hotel berkenaan kerana dia berpuas hati dengan layanan yang diterimanya sepanjang berada di situ.