Sekiranya orang Malaysia yang menegur, berkemungkinan orang yang menegur itu akan dikutuk habis-habisan di laman-laman sosial, kononnya "cemburu" dan "dengki" apabila mereka gilakan Charyl Chappuis...
Pemain nombor 7 skuad bola sepak Thailand itu tiba-tiba "meletop" di kalangan gadis-gadis di Malaysia sejak berlangsung perlawanan pertama final Piala AFF Suzuki di Bangkok sebelum ini.
Apatah lagi Chappuis sememangnya kacak, berprofil yang agak hebat dan berprestasi tinggi di tengah padang, keistimewaan itu menjadikan dia seolah digilai gadis-gadis Malaysia.
Apabila didedahkan bahawa Chappuis sudah berpunya, kekasih bintang Thailand itu pula menjadi mangsa serangan gadis-gadis Malaysia yang mengutuknya di laman-laman sosial.
Sikap gadis-gadis Malaysia itu menarik perhatian seorang warga asing yang meninggalkan satu komen yang dijangka membuat gadis-gadis di Malaysia terkedu malu.
Itu pun kalau mereka masih lagi mempunyai rasa malulah, kan? Bagi sesetengah orang, mereka memang tidak lagi punya rasa malu...
Kata Hoganmarkus, sebelum ini dia diberitahu tentang sifat gadis-gadis Melayu beragama Islam di Malaysia yang dikatakan sangat menjaga maruah dan memiliki rasa malu yang sangat tinggi.
Namun dia terkejut melihat laman Facebook Chappius yang dipenuhi komen
dari gadis-gadis Malaysia yang menunjukkan mereka langsung tidak mempunyai rasa malu!
Malah kata Markus, dia berpandangan bahawa gadis-gadis di Thailand lebih memiliki perasaan malu dan bermaruah berbanding sikap sebenar gadis-gadis Malaysia meskipun negara Gajah Putih itu terkenal dengan aktiviti pelacuran.
Apa kata gadis Malaysia? Nak kutuk Hoganmarkus? Atau akui sikap sendiri yang memalukan diri dan negara? Kelu? Nak tengok perangai gadis-gadis Malaysia lihat di Facebook milik Chappuis ini...-KedahNews.com