Nampaknya tirai tahun baharu 2015 diharap akan dibuka dengan rahmat dari Allah SWT apabila Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan menjangkakan harga RON95 dan diesel turun bermula esok, 1 Januari 2015.
Memetik kenyataannya di laman sosial Twitter, harga bagi RON95 dan diesel akan dijual pada paras RM1.90 hingg RM1.95 bagi setiap liter pada tarikh tersebut dan akan diumumkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).
"DIJANGKA Ron95 & diesel antara rm1.90-1.95 seliter mulai 1/1/15. Pengumuman akan dibuat KPDNKK," katanya.
Justeru itu, Ahmad mengesa supaya semua peniaga di seluruh negara supaya menurunkan harga barangan jualan mereka dengan segera.
KPDNKK melalui Timbalan Menterinya, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah sebelum ini turut menegaskan bahawa pihak kementerian itu akan memantau harga barang jualan di seluruh negara dan tindakan tegas akan diambil kepada para peniaga yang menaikkan harga sewenang-wenangnya. -Kedahnews.com