Hero "Handsome" 60'an, Mustapha Maarof Kini Kritikal Di Hospital

Salah seorang hero terkenal 1960-an, Datuk Mustapha Maarof, 79, kini dilaporkan kritikal dan sedang berada dalam rawatan di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Wangsa Maju.

Menurut salah seorang teman baik beliau, Pansha Nalliah yang juga seorang produser, pelakon veteren tersebut kini terpaksa bergantung kepada mesin pernafasan.

“Saya ada melawat beliau sebentar tadi dan keadaannya amat-amat kritikal. Beliau hanya bergantung kepada alat bantuan sahaja ketika ini. Kita doakan kesejahteraan beliau,” ujar Pansha kepada portal MStar.

Pada 25 November lalu, seniman itu dimasukkan ke Institut Perubatan Respiratori, Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat komplikasi paru-paru.

Mustapha kemudiannya dipindahkan ke Hospital Tentera Tuanku Mizan pada Selalu lepas untuk menerima rawatan lanjut.

hqdefault

Mengimbas kembali zaman kegemilangannya, beliau mula menapak dalam industri perfileman Melayu pada 1950-an. Antara barisan filemnya yang masih diingati sehingga kini adalah Bawang Putih Bawang Merah, Hang Tuah, Seri Mersing dan Sultan Mahmud Mangkat Dijulang.

Kali terakhir beliau terlibat dengan filem adalah pada 2009 menerusi karya Lembing Awang Pulang Ke Dayang.

Sama-sama kita doakan semoga Datuk Mustapha Maarof kembali sihat, Insya Allah.
 
 
 
 
 
 
 
Sumber: Mynewshub.cc