Hikmah Di Sebalik Banjir: Sikap "Tamak", "Tidak Berhati Perut" Peniaga Di Kelantan?

KUALA LUMPUR – Hikmah di sebalik kejadian banjir di Kelantan semakin terserlah dengan pendedahan segelintir peniaga yang disifatkan sebagai "tamak", "tidak berhati perut" dan lebih mengutamakan keuntungan di sebalik kesengsaraan orang ramai.

Di Kelantan, ramai mangsa dan rakyat di negeri itu yang merungut apabila para peniaga menaikkan harga barangan jualan mereka sewenang-wenangnya hingga ke tahap melampau, cuba mengambil kesempatan daripada kesempitan orang ramai untuk mengaut keuntungan berlebihan.

Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa yang mendedahkan perkara itu berkata, beliau menerima banyak aduan daripada orang ramai tentang perbuatan peniaga menaikkan harga barangan keperluan waktu ini.

“Banyak aduan peniaga sengaja menaikkan harga barang keperluan akibat permintaan tinggi dan bekalan berkurangan semasa musim banjir.

“Saya menyeru para peniaga supaya jangan buat begitu. Tolong kekalkan harga malah bantu permudahkan urusan mendapat bekalan dengan harga berpatutan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Annuar berkata, golongan peniaga tidak sepatutnya mengambil kesempatan daripada bencana itu dan mereka juga perlu berkorban sediikit untuk membantu mereka yang dalam kesusahan.

“Lebih penting ganjaran di sisi Allah S.W.T,” katanya dalam kenyataan itu. -Kedahnews.com