Ibu Tunggal Anak 6 Dipenjara 6 Hari Gara-Gara Curi Susu Dan Kicap


Seorang ibu terpaksa menerima hukuman penjara selama enam hari dan didenda sebanyak RM300 oleh Mahkamah Majistret gara-gara mencuri susu tepung dan kicap di sebuah pasaraya terkenal.

Tertuduh, Rasmah Joles, 40 tahun dari Tanjung Minyak akhirnya mengaku bersalah atas tuduhan yang dibacakan keatasnya.

Hukuman dijatuhkan oleh Majistret, Norina Maludin hari ini.

Rasmah Joles dikatakan mempunyai anak seramai enam orang dan merupakan ibu tunggal.

Selain susu dan kicap, tertuduh juga didakwa mencuri barangan lain iaitu empat batang pensil mekanikal jenama Pilot, serbuk minuman Super Power dan Tongkat Ali, ubat gigi Colgate dan Scoth Brite.

Kesemua barangan tersebut berjumlah RM 138.20 milik Pasaraya Giant di Jalan Tun Fatimah Bachang, Melaka pada 26 November lalu kira-kira pukul 9.30 malam.

Oleh kerana itu, tertuduh didakwa dibawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan sekaligus membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.
Sumber: Mynewshub.cc