Bakal graduan yang akan menceburi alam pekerjaan dinasihatkan supaya menjaga tingkah laku dan percakapan semasa berurusan dengan anggota masyarakat.
Imam Masjid An-Nabawi, Madinah, Sheikh Dr. Abdul Muhsin Mohammad Al-Qasim berkata, sebagai pelajar yang akan tamat pengajian dan berhijrah ke alam industri sebagai jurutera dan lain-lain pekerjaan, mereka dilihat oleh ahli masyarakat sebagai insan yang berilmu.
Menurut beliau, setiap bakal graduan perlu menjaga akhlak dan pastikan sebarang tindakan yang dilaksanakan membawa kebaikan kepada masyarakat.
Katanya, setiap pelajar seharusnya melakukan pemerhatian dengan teliti tentang kehendak dan keperluan semasa supaya dapat menggunakan teknologi yang dipelajari serta memberi kebaikan sejagat kepada manusia dan alam.
“Selain itu, pelajar dan pensyarah harus mempunyai hubungan dua hala yang baik supaya ilmu disampaikan dan dipelajari akan mendapat manfaat dan keberkatan.
“Jangan lupa banyak berdoa kepada Allah supaya mendapat hidayah dan hendaklah letakkan pergantungan dalam apa juga pekerjaan yang dilakukan kepada Allah. Selain itu, setiap insan jangan bersikap sombong, sebaliknya kena merendah diri dan berakhlak baik,’’ katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah di Auditorium Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra, Kampus Induk Universiti Malaysia (UniMAP), Pauh Putra dekat sini hari ini.
Abdul Muhsin yang berceramah dalam bahasa Arab itu kemudiannya diterjemahkan ke bahasa Melayu oleh bekas Duta Malaysia ke Arab Saudi, Prof. Datuk Syed Omar Syed Mohamad Alsagoff.
Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat ke program ceramah tersebut.
Naib Canselor UniMAP, Prof. Datuk Dr. Kamarudin Hussin, pegawai-pegawai kanan, pensyarah serta pelajar antarabangsa universiti berkenaan, perunding di Kedutaan Arab Saudi, Sa’adah Sheikh Abdul Rahman Al-Bulaihi dan beberapa ahli rombongan dari Arab Saudi, antara yang hadir dalam ceramah berkenaan.
Abdul Muhsin turut mengimamkan solat Jumaat dan memberikan khutbah khas di Masjid Terapung Al-Hussein, Kuala Perlis. -Utusan