INFO CUACA TERKINI DI KEDAH (Untuk Sebaran Ke Seluruh Kedah)


Sehingga sekarang, Kedah berada di peringkat JINGGA dan KUNING. Alhamdullillah belum sampai ke peringkat MERAH. Jadi, kita pakat-pakat doa supaya Kedah #AmanMakmur serata-ratanya, tidak sampai ke peringkat merbahaya begitu...

Namun di kawasan yang sering terlibat banjir, kami anjurkan supaya bersiap siaga sewajarnya. Kita hanya merancang, Allah Maha Menentukan. Buatlah tebatan banjir macamana sekalipun, kalau Dia kata banjir, maka banjirlah negeri kita... Tu semua kehendak Allah dan ada hikmah di sebaliknya...

Berikut adalah update terkini mengenai cuaca yang diperoleh dari Jabatan Meteorologi Malaysia sebentar tadi... Harap maklum. -Kedahnews.com
SEKSYEN B: AMARAN HUJAN LEBAT (PERINGKAT JINGGA)
Dikemaskini pada: 9:25 pagi pada 24 Disember 2014

Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana yang berlaku di negeri Perlis, Kedah (Daerah Langkawi, Kubang Pasu, Padang Terap, Kota Setar, Pokok Sena, Pendang, Sik & Baling), Kelantan (Daerah Kota Bharu & Bachok), Terengganu (Daerah Besut, Setiu, Kuala Terengganu, Marang & Hulu Terengganu) & Pahang (Daerah Cameron Highlands, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh & Bera) dijangka berterusan sehingga Rabu, 24 Disember 2014.

SEKSYEN C : NASIHAT HUJAN LEBAT (PERINGKAT KUNING)
Dikeluarkan pada: 9:25 pagi, 24-12-2014.

Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana lebat berserta angin kencang yang berlaku di negeri Kedah (Daerah Yan, Kuala Muda, Kulim, Bandar Baharu), Pulau Pinang & Perak (Daerah Hulu Perak, Larut Matang, Selama & Kerian) & Johor (Daerah Kluang, Mersing, Kota Tinggi) dijangka berterusan sehingga Rabu, 24 Disember 2014.