Ini Pencabar Paling Sengit Iphone 6?


Huawei secara rasminya melancarkan telefon pintar phablet terbaru mereka iaitu Honor 6 Plus di China yang hadir dengan dua unit kamera pada bahagian belakang, sama seperti kamera Duo yang terdapat pada peranti premium HTC M8.

Berdasarkan nama model ini, kita boleh mengenal pasti sebab model ini dilancarkan, iaitu sebagai pencabar kepada iPhone 6 Plus.

Huawei Honor 6 Plus hadir dengan skrin paparan 1080p berukuran 5.5-inci, pemproses Huawei Kirin 925 yang menyokong LTE Cat.6 dengan kelajuan sehingga 300Mbps, 3GB RAM dan 32GB memori simpanan dalaman.

huawei-honor-6-plus-malaysia-price-harga-1

Seperti diperkatakan, Huawei Honor 6 Plus hadir dengan dua unit kamera 8MP diletakkan selari, dikenali sebagai ‘dual-camera technology’.

Dengan pengunaan dua unit kamera, sensor kamera Honor 6 Plus mampu memberikan kejelasan cahaya dua kali ganda lebih baik berbanding satu kamera.

Sistem auto-fokus pada kamera ini juga sangat pantas iaitu hanya 0.1s dengan kualiti gambar boleh mencapai resolusi 13MP.

Selain itu, Huawei Honor 6 Plus mempunyai bateri berkapasti 3,600mAh dan rasakan Android 4.4.4 KitKat dengan UI Emotion 3.0.

Bagi pasaran China, Huawei Honor 6 Plus ditawarkan dalam dua versi iaitu satu SIM 4G dan Dwi-SIM 4G dengan harga jualan masing-masing CNY 1,999 ( RM 1,125) dan CNY 2,499 (RM 1408).

Tempahan bagi model ini dibuka bermula Rabu dengan penghantaran dilakukan minggu hadapan.

Buat masa ini, tiada sebarang maklumat lain tentang penawaran antarabangsa bagi model ini.

  




Sumber: Mynewshub.cc