Instagram Lebih Aktif Berbanding Twitter?

Instagram secara rasmi mengumumkan, mereka punyai lebih daripada 300 juta pengguna aktif setiap bulan.

Daripada angka tersebut, lebih kurang 70 peratus pengguna terdiri daripada pengguna di luar Amerika Syarikat.

Angka perkongsian juga diumumkan turut meningkat, di mana lebih 70 juta gambar dan video dikongsikan melalui perkhidmatan tersebut setiap hari.

Susulan angka pengguna yang ramai ini, pihak Instagram memperkenalkan sebuah fungsi baru iaitu “Verified Account” untuk selebriti, artis dan mereka yang popular.

Ia merupakan salah satu fungsi yang sedia diperkenalkan pada Facebook dan Twitter bagi memudahkan pengguna mengikuti akaun orang yang asli dan bukan sebaliknya.

Sebuah lencana khas akan diletakkan pada profil Verified Account, yang telah diimplementasikan secara berperingkat.

Pada masa sama, pengumuman Instagram ini sekaligus memperlihatkan mereka kini punyai angka pengguna lebih ramai berbanding Twitter.

Oktober lepas, Twitter mengumumkan data menunjukkan mereka mempunyai lebih kurang 284 juta pengguna aktif setiap bulan.






 Sumber: INSTAGRAM