Eh, mana satu yang betul ni?
Semalam pelakon wanita, Putri Mardiana yang dicekup khalwat oleh
pihak penguatkuasa JAIS begitu yakin memberitahu teman lelakinya,
Shahrizam Abdullah atau Ejump bukan lagi suami orang.
Katanya lagi, mereka sudah merancang untuk berkahwin pada tahun hadapan.
Tetapi lain pula kenyataan yang diberikan oleh isteri Ejump, Norhasni
Md. Hashim menerusi komennya di Facebook salah seorang rakan.
Menurutnya, Ejump belum lagi melafazkan cerai seperti digembar-gemburkan Putri Mardiana!
Dia turut menyindir pelakon itu kerana menggunakan alasan masuk rumah berjam-jam hanya untuk minum air..
Persoalannya, adakah kisah Putri Mardiana ini akan jadi sepanas kisah
pelakon Hanez Suraya yang pernah bercinta dengan suami orang sebelum
ini?
Nasihat kami, mungkin pelakon ini perlu berdiam diri seketika atau
fikir dalam-dalam, sebelum beri sebarang kenyataan lepas ni. Bukan
bermaksud kenyataan Putri Mardiana berkenaan status teman lelaki tak
benar, tapi isu ini terlalu sensitif untuk diulas sewenang-wenangnya.
Mengambil iktibar kisah Hanez, dibimbangi kenyataan yang tak kena gayanya silap-silap boleh beri kesan pada imej dan karier.
Apapun, kami masih ‘kagum’dengan penjelasan Putri Mardiana yang
memberitahu, dia siap menjemput pihak JAIS untuk minum bersama pada
malam diserbu tempoh hari.
Memang ‘win’ statement dikeluarkannya tu kan!
Sumber: Mynewshub.cc