Alahai, meleleh air liur lihat kereta mewah Audi 5 milik pelakon senior, Khaty Fauziah yang dihadiahkan oleh anak lelaki kesayangannya, Shaheizy Sam.
Ditambah pula dengan nombor plat kenderaan yang meletup MCM 1774 yang diubah suai seakan-akan perkataan MOMMY.
Namun, seperti biasa semua orang tidak terkecuali daripada
undang-undang yang mempunyai peraturan-peraturan yang telah ditetapkan
oleh pihak Jabatan Pengangkutan Awam (JPJ).
Memetik laporan Berita Harian, Khaty Fauziah telah disaman baru-baru
ini dengan pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ketika memandu
kenderaan tersebut di Lebuhraya DUKE gara-gara nombor plat kenderaan
tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan.
Menurut ibu pelakon terkenal ini, dia semakin fobia selepas insiden
saman tersebut dan mengakui kesalahan yang tidak sepatutnya dilakukan
meskipun dia merupakan seorang artis.
“Selepas ini mummy agak takut untuk
memandu lagi. Mummy sedar dan akur dengan kesalahan ini. Sebagai artis
kita juga harus patuh dengan undang-undang yang ditetapkan kerajaan.
Tiada hak istimewa kepada golongan seni dan pihak polis hanya
menjalankan tugas.
Mummy
akan meminta Sam untuk segera menukar plat nombor pendaftaran ini.
Nasihat Mummy kepada golongan seni, siapa pun kita, undang-undang harus
dipatuhi,” ujar Kathy Fauziah mengingatkan dirinya dan rakan-rakan
seperjuangan.
Apa pun, tersentuh hati bila mengetahui kasih sayang Shaheziy Sam yang ikhlas menghadiahkan kereta tersebut kepada ibu tercinta.