Kamera Kompak Hasselblad RM7,000 Sahaja...

Hasselblad
Bagi peminat bidang fotografi, kamera buatan Hasselblad pasti merupakan jenama yang sinonim buat anda.

Kamera jenama ini yang tahan lasak, malah digunakan oleh NASA untuk program angkasa lepas mereka daripada misi pertama hinggalah misi ke enam menjelajah ke permukaan bulan.

Kini, Hasselblad tampil dengan Stellar II, kamera kompak kedua selepas Stellar yang dilancarkan tahun lalu.

Kamera kompak ini dilengkapi sensor 20 Megapixel, zoom optikal 3.6X dan skrin LCD sebesar 3″. Fungsi tambahan yang terdapat padanya, ia menyokong pemindahan gambar menggunakan NFC dan juga WiFi.

Tubuhnya pula diperbuat daripada logam titanium dengan kemasan tempat pemegang diperbuat daripada kayu.

Bagaimanapun, peminat kamera pasti tahu jenama Hassleblad sememangnya sangat mahal dan tak mampu dimiliki oleh marhaen.

Harga jualan Stellar II ini misalnya, ialah RM 6950 sebuah.

Hasselblad-Stellar-II-2

Harga yang ditawarkan ini sebenarnya agak melampau bagi sebuah kamera kompak tetapi masih boleh dikira murah jika dibandingkan dengan kamera studio dihasilkan oleh Hasselblad.

Sekiranya anda mahu memiliki kamera ini tetapi tidak mahu membayar hampir RM 7 ribu, maka anda boleh membeli Sony RX100 M2 yang dijual pada harga sekitar RM 2500.

Ianya kamera yang sama cuma tanpa jenama mewah Hasselblad dan pemegang diperbuat daripada kayu. Fungsi-fungsi lain masih sama.

Ini menunjukkan betapa berhilainya logo Hasselblad pada kamera.

Dengan hanya meletakkan logo H, harga melonjak sebanyak 2 kali ganda!