(Gambar Hiasan) |
TELUK INTAN – Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun
meninggal dunia akibat ditimpa sebuah televisyen 29 inci di rumahnya di
kuarters sebuah kilang di Changkat Jong, malam tadi.
Siti Norain Maisarah Romly, mengalami perdarahan di mulut dan hidung
dalam kejadian jam 11.15 malam dan dikejarkan ke Hospital Teluk Intan
untuk mendapatkan rawatan namun disahkan meninggal dunia ketika
mendapatkan rawatan.
Difahamkan pergaduhan dua ekor kucing menyebabkan televisyen berkenaan jatuh menimpa mangsa. – BH Online