JIWA manusia adalah gabungan daripada pelbagai sifat yang berbeza. Perasaan gembira bersulam duka, benci terkadang sayang, takut lawaknya berani, rajin setelah malas dan berbagai-bagai perasaan lain yang bersemadi di jiwa. Namun, perasaan ini tidak kelihatan di mata hanya dirasakan di jiwa.
Seseorang Muslim yang mempunyai jiwa yang kukuh akan dapat membentuk jati diri setiap individu menuju ke arah kebaikan dalam kehidupan.
Seseorang Muslim yang mempunyai jiwa yang kukuh akan dapat membentuk jati diri setiap individu menuju ke arah kebaikan dalam kehidupan.
Bagi memperkukuhkan jiwa, umat Islam sangat digalakkan melaksanakan ibadah dengan tenang dan penuh khusyuk. Ini disebabkan jiwa amat sebati dengan ketenangan dan kekhusyukkan.
Hakikat kehidupan manusia sangat memerlukan ketenangan yang akhirnya memberikan kedamaian kepada jiwa. Keperibadian manusia yang normal, baik berkaitan kesihatan diri juga akhirnya memberi kesan kepada ketenangan dan kedamaian kepada jiwa.

Pengertian jiwa secara umumnya meliputi nyawa dan roh. Di sinilah tempat letaknya dasar batin, perasaan, fikiran, cita-cita yang memperkuat kehidupan manusia.
Dalam Islam, semua ibadah yang wajib dan sunat akan menjadi faktor kebahagiaan serta jalan hidup yang terbaik bagi penganutnya agar dapat menikmati kehidupan yang tenteram, damai dan bahagia. Ibadah-ibadah ini seperti solat, puasa, menunaikan zakat, melaksanakan haji, mempunyai hubungan yang rapat dan erat secara langsung dengan jiwa.
Seseorang yang berjaya adalah orang yang mampu membersihkan jiwa dengan segala ketaatan, akan tetapi mereka yang rugi atau gagal adalah yang mengotorkan jiwa dengan kemaksiatan. Allah SWT berfirman yang bermaksud:

Sesungguhnya beruntunglah orang yang membersihkan jiwa itu dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotori jiwa itu. (As-Syams:9-10).
Jelaslah ketaatan beribadah kepada Allah SWT akan dapat membersihkan dan menenteramkan jiwa. Bagi mereka yang melakukan maksiat seseorang itu akan mengotorkan jiwanya yang menyebabkan jiwa tidak tenteram.
Bagi tujuan penyucian jiwa, janganlah sesekali kita terjebak dalam maksiat kepada Allah SWT. Ini disebabkan hati dan jiwa manusia yang digoda oleh syaitan mudah terdorong ke arah maksiat.
Keutamaan taat kepada Allah SWT dengan beribadah kepada-Nya sangat penting dalam kehidupan seharian. Ketaatan beribadah akan memberikan kebahagiaan kepada jiwa seseorang. Nabi SAW bersabda yang bermaksud;

“Kebahagiaan yang paling bahagia ialah panjang umur dalam ketaatan kepada Allah.” (riwayat Ad Dailami dan Al Qodhho’i).
Dengan melaksanakan ibadah secara berterusan akan dapat meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT. Keutamaan takwa banyak bergantung pada tahap ibadah yang dilakukan oleh seseorang. Tingkat takwa adalah tingkat yang tinggi dalam melaksanakan ibadah. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Bertakwalah kepada Allah di mana sekalipun kamu berada dan ikutilah perbuatan buruk dengan perbuatan baik, nescaya menghapuskannya. Bergaullah dengan manusia dengan akhlak yang luhur.” (riwayat At Tirmizi).
Ibadah adalah penyucian jiwa yang luhur dan murni. Oleh itu, peliharalah diri kita dengan sentiasa berlindung kepada Allah daripada syaitan yang bersembunyi (dalam diri). Ini disebabkan, Allah SWT mendidik dan mengajar kita untuk berbuat demikian menerusi firman-Nya yang bermaksud:
Katakanlah (wahai Muhammad): Aku berlindung kepada Tuhan (yang menguasai dan memelihara) manusia. Raja segala manusia. Sembahan manusia (daripada kejahatan dan bisikan) syaitan yang biasa bersembunyi (dalam diri manusia). (an-Nas:1-4)
Manusia yang beriman sentiasa dalam peliharaan Allah SWT. Setiap perbuatan yang baik dan jahat pasti dicatat dan dibalas dengan balasan yang setimpal. Terdapat beberapa pengajaran yang boleh dijadikan contoh dan teladan dalam kehidupan.
Dalam melaksanakan ibadah walaupun kecil ia akan diberi balasan ganjaran pahala yang setimpal. (rujuk Luqman: 16)
Sesungguhnya, untuk mencari ketenangan hati dan jiwa selalulah mendekatkan hati dan diri kepada Allah SWT dan sentiasa melakukan ibadah serta melakukan apa yang disuruh dan menjauhi apa yang dilarang dalam kehidupan kita. -Utusan