Seorang yang berusia 60 tahun akan menghabiskan masa lebih kurang 20
tahun untuk tidur. Sekiranya dia tidur mengikut Sunnah Rasullullah saw,
maka tidurnya akan jadi ibadat.
Allah SWT hanya akan terima ibadat yang dilakukan dengan ikhlas.
Tidur adalah ibadat yang paling ikhlas. Seseorang tidak perlu dipaksa
atau terpaksa untuk tidur. Ganjaran Allah swt untuk orang yang amalkan
Sunnah sangat besar.
Satu Sunnah yang diamalkan berterusan akan diberi ganjaran 100 pahala
mati syahid, sedangkan satu pahala mati syahid sudah cukup untuk
menjamin seseorang untuk masuk syurga. Di dalam tidur sendiri ada banyak
Sunnah.
Sebaliknya, jika seseorang tidur cara selain dari cara Nabi SAW, dia
hanya akan dapat kerehatan. Kalau bernasib baik, selama 20 tahun mungkin
dia dapat mengumpul 20 kilo tahi mata dan menakung 20 liter atau lebih
air liur basi.
Berikut antara Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur.
1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang
memperlekehkan doa Masnun (doa harian) tapi hakikatnya harga yang Allah
swt janjikan adalah syurga.
2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan
tidur orang yang telah mati.
3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah,
sekiranya dia mati malam itu, dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa
itu Tasbih Fatimah? Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 33
X.
4. Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.
5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt
akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud
adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.
6. Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.
7. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua
hutang piutang sebelum tidur.Bangun tidur boleh buka fail semula kalau
mahu.
8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.
Wallahu'alam. -KedahNews.com