Kerajaan Pastikan Beban Mangsa Banjir Diringankan, Bantuan Sampai - Najib


KUALA LUMPUR – Kerajaan akan memastikan beban mangsa banjir diringankan dan bantuan sampai kepada mangsa yang memerlukan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dalam catatan di laman Twitter beliau, Najib juga berkata petugas berkenaan telah diarah untuk mengenal pasti cara terbaik bagi memastikan bantuan dapat sampai kepada mangsa banjir.

“Saya harap semua pihak yang mampu membantu mengambil inisiatif bekerjasama dengan agensi kerajaan untuk sama-sama ringankan beban mangsa banjir,” katanya.

Bencana banjir yang melanda lima negeri di Semenanjung iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Perlis serta Sabah menyebabkan lebih 62,000 mangsa terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara setakat tengah hari ini.

Sementara kesemua 336 mangsa banjir daripada 128 keluarga yang ditempatkan di Dewan Masyarakat Baru di Beaufort, Sabah dibenarkan pulang selepas pukul 2 petang ini. – BERNAMA