Kes Curi Motor Makin Teruk Di Kulim!

KULIM – Kes mencuri motosikal dilapor tinggi di daerah ini sehingga pihak polis menjadi gusar.

Ketua Polis Daerah Kulim, Supt Abdullah Arshad berkata beliau hairan kerana walaupun semakin ramai penjenayah mencuri motosikal ditangkap, namun semakin banyak kes kecurian berlaku oleh kumpulan baharu. 

Beliau berkata sepanjang tahun ini, 421 kes kecurian motosikal dicatat berbanding 440 kes tahun lepas, menurun lapan peratus.

Abdullah berkata pihaknya akan turut mempergiatkan usaha membanteras penyalahgunaan daun ketum dan dadah.

Sebanyak 58,132 mililiter air ketum dirampas terutama di Karangan, Mahang dan Sidam Kanan, katanya. – BERNAMA