BUKIT MERTAJAM - Ketua Umno Permatang Pauh, Datuk Mohd Zaidi Mohd Said
berkata, kenyataannya berhubung kaum Cina di Pulau Pinang disalah lapor
media tertentu menyebabkan beliau dikecam termasuk daripada rakan parti
komponen BN, MCA dan Gerakan.
Menurutnya, ketika berucap pada Perhimpunan Agung Umno Jumaat lalu beliau ada menyebut mengenai kelemahan penguatkuasaan menyebabkan ‘kadang-kadang’ kaum Cina menjadi kaya dengan aktiviti perniagaan haram termasuk judi dan maksiat.
“Hari ini saya ingin jelaskan saya tidak menuduh semua kaum Cina di Pulau Pinang terbabit dalam perniagaan haram... saya menyebut perkataan ‘kadang-kadang’ bermaksud segelintir sahaja dan saya tidak menyebut semua orang Cina di Pulau Pinang.
“Bagaimanapun, dalam laporan media berkenaan perkataan ‘kadang-kadang’ ini tidak diambil dan 90 peratus ucapan saya itu sebenarnya menyentuh mengenai kelemahan penguatkuasaan membabitkan Kerajaan Pusat dan negeri,” katanya kepada pemberita di sini semalam.
Mohd Zaidi menyifatkan tindakan itu berniat jahat dan bertujuan tidak baik untuk memecah-belah dan mencetuskan perbalahan kaum di Pulau Pinang.
Sebuah portal berita yang melaporkan perbahasan Mohd Zaidi itu menyebut beliau dalam ucapannya mendakwa kegiatan seperti perjudian dan pelacuran adalah ‘sumber kekuatan Cina yang tidak menyokong BN’ di Pulau Pinang dan mahu aktiviti penguatkuasaan diperketatkan.
Disebabkan itu, Mohd Zaidi dibidas banyak pihak termasuk Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, anggota MCA dan Gerakan.
Mohd Zaidi turut menyelar kenyataan Guang Eng yang mendakwa ucapannya itu adalah pembohongan dahsyat dan menafikan adanya aktiviti perniagaan haram
perjudian dan maksiat di Pulau Pinang.
Mohd Zaidi meminta diberi masa dan berjanji akan menunjukkan buktinya sebelum awal tahun depan. - Bernama