Sekurang-kurangnya 120 maut manakala 270 lain cedera selepas dua pengebom berani mati menyerang masjid utama di bandar kedua terbesar Nigeria ketika khutbah Jumaat, kelmarin.
Istana Emir Kano, Sanusi II, terletak berhampiran masjid berkenaan, namun pemimpin itu - yang juga antara ketua beragama Islam paling terkemuka Nigeria - berada di luar negara.
Minggu lalu ketika berucap di masjid berkenaan, Sanusi menggesa penduduk bangkit melawan kumpulan militan Boko Haram.
Sanusi yang juga ulama berpengaruh di Nigeria pernah menjadi gabenor Bank Negara Nigria dan dilantik menjadi emir awal tahun ini.
Setakat ini, Boko Haram belum mengakui bertanggungjawab namun kejadian itu seperti yang sering dilakukan kumpulan berkenaan yang sudah banyak melakukan serangan seumpamanya di utara Nigeria termasuk Kano.
Jurucakap polis kebangsaan Emmanuel Ojukwu berkata, pengebom berkenaan meletupkan diri mereka hampir serentak sebelum sekumpulan lelaki bersenjata menembak orang ramai yang cuba melarikan diri.
Dia tidak dapat mengesahkan sama ada pengebom berkenaan wanita atau lelaki selain tidak memaklumkan jumlah lelaki bersenjata terbabit.
Namun, katanya, orang ramai yang mengamuk selepas kejadian itu berjaya membunuh empat daripada penembak terbabit. Ada saksi mengatakan mereka dibakar hidup-hidup.
Wartawan di Hospital Pakar Murtala Mohammed melihat 92 mayat kebanyakannya lelaki dewasa dan kanak-kanak yang mengalami kesan lecuran teruk.
Namun seorang pegawai penyelamat kanan berkata sekurang-kurangnya 120 maut dan 270 cedera malah pekerja kecemasan masih mencari mangsa di hospital.
Semakin malam menjelang, ratusan orang yang terdesak mencari orang tersayang terpaksa menggunakan telefon bimbit untuk mengenal pasti mangsa.
Kejadian itu dikecam Amerika Syarikat (AS) yang menyatakan sokongan dan simpatinya terhadap rakyat Nigeria dalam usaha mereka melawan keganasan. AS turut mempersalahkan Boko Haram bagi kejadian itu.
Jurucakap Jabatan Negara Jen Psaki berkata: “Walaupun belum ada yang mengakui bertanggungjawab, cara pelaksanaannya menunjukkan ciri-ciri Boko Haram yang sentiasa berusaha menggugat kestabilan di Nigeria tanpa mempedulikan nyawa orang yang tidak berdosa.”

Sumber: myMetro