Suasana pilu....
Dalam proses menguruskan jenazah, isteri kepada Allahyarham si mati datang memberitahu tentang perjanjiannya dengan suaminya itu sebelum kematiannya.
“Ini janji kami berdua. Jika abang meninggal dulu, kamu (isteri) akan mandikan jenazah abang. Kalau kamu meninggal dulu,abang akan mandikan jenazah kamu...” pinta si isteri menangis-nangis pada bapa mertua dan anggota polis forensik di situ.
Pada mulanya, bapa mertua dan anggota polis berkenaan enggan membenarkan. Sudah tentu jarang-jarang berlaku seorang isteri memandikan mayat suaminya.
Namun setelah dirujuk pada seorang ustaz yang turut berada di situ, dia akhirnya dibenarkan berbuat demikian yang menjelaskan bahawa tindakan itu diharuskan di dalam hukum.
Si isteri mula memandikan jenazah suaminya sambil ditemani oleh ustaz berkenaan bersama beberapa orang lagi yang turut hadir...
Si isteri dengan tenang membasuh muka suaminya sambil berdoa...
“Ya Allah...Inilah wajah suami ku yang aku sayang, tapi Allah lebih menyayangi abang. Moga Allah ampunkan dosa-dosa abang dan satukan kita di akhirat nanti...”
Seterusnya, si isteri membasuh tangan jenazah suami sambil berkata...
“Tangan inilah yang mencari rezeki halal untuk kami. Masuk ke mulut kami. Moga Allah beri pahala untuk mu suami ku...”
Kemudian, si isteri berkenaan membasuh badan jenazah suami sejurus berkata...
"Tubuh inilah yang memberi pelukan kasih sayang pada ku dan anak-anak. Moga Allah beri pahala berganda untukmu wahai suamiku...”
Selepas itu, si isteri teruskan membasuh kaki jenazah suami sambil berkata...
“Dengan kaki ini, abang keluar mencari rezeki untuk kami, berjalan dan berdiri sepanjang hari semata-mata untuk mencari sesuap nasi. Terima kasih abang, moga Allah beri kau kenikmatan hidup di akhirat dan pahala berlipat gandanya...”
Sesudah selesai memandikan jenazah suaminya itu, si isteri mengucup sayu suaminya dan berkata...
“Terima kasih abang kerana aku bahagia selama menjadi isterimu dan terlalu bahagia.
"Terima kasih kerana meninggalkan aku permata hatimu yang persis dirimu dan aku sebagai isterimu redha akan pemergianmu kerana kasih sayang Allah.”
SubhanAllah. Sesungguhnya begitulah kasih sayang antara seorang suami dan isteri hingga ke hujung nyawa.
Semoga Allah mencucuri rahmatNya kepada si mati dan isteri solehah yang ditinggalkan di dunia yang fana ini, serta ditempatkan di golongan para anbiya' dan para solehin di alam yang kekal abadi. Al-Fatihah...