Kisah Paderi Cuba Sebarkan Dakyah Kristian Pada Kanak-Kanak Islam...


Seorang paderi Kristian tiba di sebuah kampung yang agak terpencil.

Dia bertemu dengan seorang kanak-kanak yang berkopiah, lalu bertanya...

“Wahai anak, boleh kamu tunjukkan kepada saya jalan ke rumah ketua kampung? Saya baru sahaja tiba  di sini, maka saya kurang arif dengan kawasan ini.”

“Boleh tuan...Tuan ikut  lorong ini, kemudian jalan lurus," jawab kanak-kanak itu.

"Apabila tuan nampak serumpun pokok buluh,belok ke kanan. Apabila tiba di tepi sungai, tuan seberang sungai itu. Jalan terus lagi dan tuan akan nampak rumah yang  ada telaga di sebelah kiri, itulah rumah ketua kampung.” jelas kanak-kanak itu lagi.

"Terima kasih banyak-banyak anak kecil. Sebagai membalas budi kamu, inginkah saya tunjukkan kepadamu jalan ke ‘syurga’?” tanya si paderi.

Jelaslah si paderi itu ada misi menyampaikan ajaran agama Kristian kepada kanak-kanak tersebut yang sebetulnya beragama Islam.

“Benarkah tuan boleh menunjukkan saya jalan ke ‘syurga’?” tanya kanak-kanak itu kembali.

“Ya. Memang itulah tugas saya saban waktu setiap hari.”

“Bagaimana tuan mahu tunjukkan saya jalan ke ‘syurga’ kalau tuan sendiri mahu ke rumah ketua kampung pun terpaksa bertanya kepada saya?”

Pengajaran: Hanya mereka yang berada di jalan yang benar sahaja mampu membimbing orang lain ke jalan yang benar.