Lim Kit Siang |
Penasihat DAP, Lim Kit Siang mengugut akan memboikot mesyuarat Majlis
Pimpinan Presiden Pakatan Rakyat sekiranya PAS ingin meneruskan agenda
untuk pelaksanaan hudud di Kelantan.
"Jika mesyuarat tergempar Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan mahu
meneruskan cadangan pelaksanaan hudud, dan Jawatankuasa PAS pusat tidak
mengambil tahu bila ia akan diadakan.
"Saya melihat tidak ada kepentingan
untuk saya menghadiri mesyuarat Majlis Pimpinan Presiden pada masa akan
datang, saya akan menyerahkannya kepada parti untuk tindakan
selanjutnya," katanya dalam entri terbaru yang dimuat naik di blognya
pada Rabu.
Lim berkata sekiranya PAS bersetuju untuk melaksanakan hudud pada
sidang DUN tergempar pada 29 Disember ini, Barisan Nasional mahupun
Pakatan Rakyat 'tidak boleh membuat pusingan 'u'.
Lim turut menyatakan sokongan terhadap kenyataan Timbalan Presiden
Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali yang dilaporkan berkata "PAS
seharusnya membincangkan pelaksanaan hudud dalam mesyuarat Majlis
Pimpinan Presiden kerana hudud bukan polisi bersama yang telah
dipersetujui dalam Pakatan Rakyat.
Sebelum ini Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob telah menolak
dakwaan bahawa sidang DUN tergempar negeri itu telah ditangguhkan ekoran
masalah banjir yang semakin kritikal di negeri itu.
"Kita akan tetap teruskan sidang DUN tergempar berkenaan kerana situasi banjir masih terkawal. Adalah tidak benar sidang DUN tergempar itu telah ditangguhkan," katanya.
Sidang DUN tergempar berkenaan akan membincangkan mengenai pindaan Kod Jenayah Syariah II 1993, jika diluluskan ia akan dimasukkan bersama dengan rang undang-undang yang akan dibentangkan oleh Ahli Parlimen PAS di Dewan Rakyat.
Lim turut mempertikaikan tindakan PAS yang enggan membincangkan isu
tersebut dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Presiden dan tindakan
melaksanakan hudud di Kelantan menunjukkan parti itu telah memungkiri
janji mereka untuk kekal melaksanakan kerangka kerja bersama yang
dipersetujui sebelum ini.
Dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Presiden yang diadakan pada 28
September 2011, memutuskan sebarang isu baharu mengenai hudud akan hanya
menjadi sebahagian daripada polisi bersama Pakatan Rakyat sekiranya ia
dipersetujui oleh semua ahlinya.
Beliau turut menegaskan pendirian DAP dalam isu pelaksanaan hudud dan Lim turut mempertikaikan bahawa tindakan PAS itu mungkin akan menyebabkan wujudnya kerajaan campuran di Kelantan dan peluang semakin tipis untuk mereka merampas kerajaan Pusat.
"Pemimpin DAP telah bersetuju untuk tidak menyokong pemimpin PAS dalam isu hudud kerana kami percaya kami juga dalam landasan yang sama menuntut keadilan, kebebasan, demokrasi, urus tadbir yang baik, bebas rasuah di negara Malaysia.
"Kami percaya kami adalah pemimpin politik yang jujur serta tidak akan menipu pengundi yang memilih calon Pakatan Rakyat dengan mengamalkan sikap kepura-puraan," katanya. -mStar