Kita Bakal Miliki "Charyl Cappuis" Versi Malaysia....

Laporan ini dikhaskan buat gadis-gadis di Malaysia yang meminati pemain bola sepak Thailand, Charyl Cappuis yang mempunyai paras wajah yang kacak dan menawan.

Rasanya tidak perlulah lagi memalukan diri sendiri meratapi hakikat yang pemain kacak berjersi nombor 7 dari Thailand, Charyl Chappuis sudah berpunya.

Juga, tidak perlulah lagi "racun" Cappuis untuk meninggalkan kekasihnya itu atau mengutuk gadis yang mendiami hati pemain jersi nombor 7 Thailand tersebut.

Sebenarnya, pemain tempatan kita pun tidak kurang kacaknya dan mungkin pemain muda ini boleh menjadi ‘next eye candy’ buat anda yang lebih memerhatikan pemain daripada perlawanan itu sendiri.

Dia baru berusia 17 tahun dan Sean Gianelli merupakan pemain muda yang dilahirkan di Kuala Lumpur dan mempunyai darah kacukan Malaysia dan Itali.

Sean dikhabarkan bakal menyarung jersi Harimau Malaya suatu hari nanti bersama-sama rakan seperjuangan yang lain antaranya, Najmuddin Samat, Kogileswaran dan Wan Kuzain.

Itupun sekiranya mereka masing-masing mempamerkan aksi-aksi hebat dan berprestasi mantap yang pastinya menarik minat pengurusan dalaman FAM untuk menyunting mereka kelak.

Sama-sama kita nantikan perkembangan karier Sean yang pastinya akan lebih menyerlah sekiranya dia mula mempamerkan kebolehan serta bakat lincahnya di atas padang.

Bagaimana? Bolehkah anak muda ini jadi lebih hebat dari Cappuis agaknya? Atau menyaingi Christiano Ronaldo di Sepanyol? - Kedahnews.com