Kucing Berwajah Dua Akhirnya Mati Dalam Usia 15 Tahun...

Seekor kucing berwajah dua yang tertua di dunia, Frankenlouie, dilaporkan telah mati pada usia 15 tahun dan menyebabkan para pencinta haiwan peliharaan yang lain suram dan muram buat seketika.

Kematian kucing istimewa itu yang juga dikenali dengan nama manjanya Frank atau Louie berlaku Khamis lalu di Sekolah Veterinar Cummings, Massachusetts.

Difahamkan bahawa pemiliknya, Marty Stevens memberitahu sebuah laman portal berita tempatan, Telegram of Worcester, bahawa kematian Frankenlouie adalah disebabkan kucing berkenaan mengidap penyakit kanser.

Selain dua wajah, Frank juga memiliki dia hidung, dua mulut dan 3 mata berwarna biru.

Frankenlouie memegang Guinness World Record pada 2012 sebagai Kucing Janus paling tua di dunia ketika itu.

"Janus" adalah Dewa Roman yang memiliki dua wajah.

Tempoh hidup selama 15 tahun yang ditempuh Frankenlouie adalah sesuatu yang menakjubkan bagi kucing dalam kategori berkenaan. -KedahNews.com