Raja Sweden, Raja Carl XVI Gustav dan Permaisuri Sweden Silvia Sommerlath. |
Aktivis kontroversi, Ali Abdul Jalil diketahui kini sedang berada di
Kiruna, Sweden kerana melarikan diri daripada disiasat dan didakwa
mengikut Akta Hasutan 1948.
Ali dikenali sebagai seorang yang begitu membenci institusi beraja di
Malaysia iaitu Raja-Raja Melayu dan dia ada melabelkan sesetengah Raja
Melayu sebagai berhala.
Pada satu kemas kini laman Facebooknya semalam, Ali mengatakan bahawa Sultan didakwanya disembah seperti berhala.
“Sultan disembah macam berhala, habis kekayaan negara dirompak UMNO
dan Sultan, rakyat nak makan apa?” kata Ali di laman Facebooknya dengan
nada biadap.
Ekoran kenyataan-kenyataan seperti itu Ali ditahan di bawah akta berkenaan dan disiasat.
Dia telah bertindak melarikan diri dari Malaysia dan cuba mencari perlindangan suaka politik di Sweden.
Ali membenci Sultan dan Raja, bagaimanapun dia tidak tahu ke, negara
yang menjadi lokasi persembunyiannya itu juga mengamalkan sistem
pemerintahan beraja dengan ketuanya ialah Raja Sweden.
Raja Sweden kini ialah Carl XVI Gustaf yang ditabalkan menjadi Raja sejak 15 September 1973.
Di Sweden konsepnya juga sama iaitu Raja merupakan ketua bagi
perlembagaan negara itu yang menjadi simbol pemerintahan demokrasi di
Sweden.
Baginda ditabalkan menjadi Raja menggantikan datuknya yang mangkat iaitu Raja Gustaf VI Adolf.
Sistem pemerintahan beraja di Sweden sudah pun berada dalam Perlembagaan negara itu sejak abad ke-16 lagi.
Jadi, betapa dangkalnya pemikiran si Ali apabila turut memilih Sweden
sebagai lokasi dia melarikan diri dan mencari perlindungan suaka.
Jika semasa proses temuduga permohonan suaka nanti, pihak kerajaan
Sweden mengetahui bahawa Ali membenci sistem pemerintahan beraja, adakah
permohonannya akan diluluskan.
Kebodohan Ali itu dijadikan bahan kecaman kepadanya di laman sosial
kerana dia didakwa cakak ‘tidak serupa bikin’ kerana lari ke negara yang
turut mempertahankan sistem beraja dalam perlembagaannya.
Sumber: Mynewshub.cc