Gambar Hiasan |
Seorang nenek berusia 64 tahun yang menyamar wanita muda ditangkap atas tuduhan menipu seorang lelaki berusia 24 tahun.
Kejadian bermula apabila mangsa diberikan nombor telefon bimbit nenek itu enam bulan lalu.
Apabila lelaki berkenaan menelefon nombor itu, nenek berkenaan
mendakwa dia juga berusia 24 tahun dan mengirim gambar wanita muda
kepada pemuda itu.
Apabila mula jatuh cinta, lelaki itu mendesak untuk bertemunya,
tetapi wanita itu menolak dengan alasan ibu bapanya tidak merestui
hubungan mereka.
Dia bagaimanapun berjanji untuk melarikan diri dan berkahwin dengan
pemuda itu sambil meminta wang berjumlah Rs30,000 (RM780), kononnya
untuk membaiki rumah yang akan digunakan selepas perkahwinan itu.
Lelaki itu pernah memasukkan Rs150,000 (RM4,000) ke dalam akaun yang diberikan wanita itu.
Kerana bosan menunggu terlalu lama, lelaki itu membuat rancangan
sulit dan akhirnya berjaya memperdaya ‘kekasihnya’ dan membolehkan
mereka bertemu.
Tetapi pertemuan itu berakhir dengan kekecewaan dan kemarahan apabila
dia mendapati kekasihnya itu sebenarnya wanita berusia 64, sebaya
dengan neneknya.- Agensi