Pihak Lenovo telah memperkenalkan sebuah peranti baru yang mana hadir
dengan rekaan yang lebih kurang menyerupai iPhone 6, dinamakan sebagai
Lenovo Sisley S90.
Peranti yang telah mengundang kontroversi tersebut nampaknya akan memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi.
Perkara ini telah disahkan oleh SIRIM di mana, telefon pintar tersebut dijangka akan memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi.
Walaupun dari luar ia kelihatan seperti sebuah telefon pintar premium, namun spesifikasi dalamannya hanya pertengahan.
Lenovo Sisley S90 hadir dengan skrin bersaiz 5-inci Super AMOLED, cip
pemprosesan Snapdragon 410 1.2Ghz, memori sebanyak 1GB RAm, dan ruangan
storan 16GB serta dilengkapi bateri berkapasiti 2,300 mAh.
Seperti iPhone 6, ia juga tidak mempunyai slot kad Micro SD padanya.
Dari segi kamera, ia dilengkapi kamera utama 13MP dan kamera hadapan 8MP untuk kualiti selfie yang baik pada resolusi tinggi.
Bagi menekankan lagi fakta bahawa ia telah meniru iPhone 6, ia mempunyai ketebalan 6.9mm dan berat 129g iaitu sama dengan iPhone 6 4.7 inci.
Menurut senarai SIRIM, ia mempunyai kebolehan dwi kad SIM dan menyokong 4G LTE jalur frekuensi 1800MHz dan 2600MHz.
Sumber: Mynewshub.cc