Letupan Bom Di Gurun: Jiran Redha Kehilangan Anak Tunggal

Keadaan rumah Mohd Sharizal yang rosak dan masih berselerak. - Foto Bernama
GURUN - Kematian seorang mangsa kanak-kanak akibat letupan bom di Taman Ria Mesra II, di sini mencetus kesedihan bagi ibu bapanya, Mohd Sharizal Abd Wahab, 30, dan isteri, Zuraida Mat Rotebe, 30.

Walau bagaimanapun, mereka tetap redha dengan ketentuan Allah SWT yang lebih menyayangi anak tunggal mereka, Allahyarham Mohd Aqif Lokman, 5, yang maut dalam kejadian menggemparkan seluruh negara itu.

Mohd Sharizal baru-baru ini dilaporkan kembali ke taman perumahan tersebut bagi melihat keadaan rumahnya yang rosak teruk akibat insiden yang berlaku pada 24 Disember, baru-baru ini.

Dalam kejadian itu isterinya, Zuraida turut parah dan kini difahamka sedang menerima rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani. 

Kedahnews.com sebelum ini turut menyiarkan laporan berkenaan isteri kepada Allahyarham Ayob Hashim, 34, anggota tentera yang terbunuh dalam letupan bom di Gurun, Kedah, telah disahkan meninggal dunia di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani.

Letupan itu mengakibatkan seorang anggota tentera dari Kem Hobart, Gurun dan anak perempuannya berusia lapan tahun Hidayah Ayob, maut. -Kedahnews.com