Jepun merupakan salah sebuah negara yang mengamalkan sistem feudal, lebih kurang sama konsepnya dengan sistem raja berperlembagaan yang diamalkan di Malaysia.
Di negara matahari terbit itu, Maharaja Akihito sangat dihormati dan disayangi rakyatnya, serta baginda merupakan simbolik ketuanan bangsa Jepun dan kedaulatan tradisi negara tersebut.
Baru-baru ini, Maharaja Akihito telah menyambut hari kelahirannya yang ke-81 dan hari keputeraannya itu disambut meriah oleh rakyat jelatanya.
Baginda dalam satu temubual dengan sebuah media antarabangsa bertitah dan berharap agar negaranya
akan berusaha lebih keras menjadi sebuah negara yang aman dan makmur pada masa yang akan datang.
Maharaja Akihito bertitah lagi, baginda berharap supaya Jepun akan memainkan peranan
persahabatan lebih aktif dengan negara jiran di rantau Asia dan juga
negara lain di dunia.
Temuramah dengan Maharaja itu dilakukan pada minggu lalu, namun baharu disiarkan sempena hari kelahirannya dan menjelang ulang tahun ke-70 berakhirnya Perang Dunia Kedua yang meninggalkan kesan yang tersendiri pada negara itu, pada tahun
depan.
Turut dilaporkan bahawa ribuan rakyat negara itu berkumpul di hadapan istana baginda untuk
menyampaikan ucapan kepada maharaja berkenaan dan Maharaja Akihito kemudiannya muncul di
ruang balkoni istana sambil melambai ke arah mereka.
Lihatlah bagaimana sayang dan hormatnya rakyat Jepun pada Maharaja yang menjadi lambang tradisi bangsa mereka. Bagaimana pula kita di Malaysia?
Berikut adalah beberapa keping gambar di sekitar sambutan hari kelahiran Maharaja Akihito, baru-baru ini.