Mahfuz "Arah" Najib Letak Jawatan Menteri Kewangan

Mungkin risau dengan peranan Datuk Seri Najib Tun Razak yang aktif dalam memperkukuh ekonomi negara, Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar tergamak "mengarahkan" beliau melepaskan jawatan Menteri Kewangan di dalam kabinet Malaysia.

Mahfuz memberi alasan bahawa negara memerlukan seorang Menteri Kewangan yang bersikap fokus dalam port folio ekonomi negara dan jawatan Perdana Menteri yang disandang Najib itu dikatakan "mengganggu" peranannya sebagai Menteri Kewangan.

"Negara memerlukan seorang Menteri Kewangan yang memberi fokus lebih mendalam untuk mengatasi isu yang berkaitan dengan kewangan negara.

"Bagi pada seorang sahaja menteri yang akan fokus selesaikan isu dan masalah kewangan negara yang berkaitan GST, kenaikan minyak, dan sebagainya," kata Mahfuz yang dipetik dari media.

Lagaknya bagai berjawatan "Perdana Menteri kepada Perdana Menteri", Mahfuz mahu Najib meletak jawatan sebagai Menteri Kewangan dan mahu Menteri Kewangan kedua, Datuk Ahmad Seri Husni Mohamad Hanadzlah memegang jawatan itu secara berseorangan.

Bagi menyokong "arahan"nya itu, Mahfuz selamba memuji kebolehan Ahmad Husni mengendalikan urusan kewangan negara meskipun umum tahu Ketua Penerangan PAS itu sering memperlekeh dasar ekonomi negara tanpa pemahaman yang berasas.

Tahap ekonomi negara yang terbukti berjaya memperkukuh pertumbuhan pendapatan negara dan diiktiraf dengan pelbagai pengiktirafan bertaraf dunia.

Ekoran dasar ekonomi yang diperkenal Perdana Menteri, beliau telah berjaya menarik ramai pelabur antarabangsa mahupun tempatan, dan mendapat pujian ramai dari negara-negara maju sebagai sebuah negara pesat membangun yang memiliki sistem kewangan yang teguh.

Najib merupakan graduan lulusan luar negara, dengan memperoleh ijazah sarjana muda dengan kepujian dalam jurusan Ekonomi Industri dari Universiti Nottingham, United Kingdom, dan pernah menjawat jawatan Timbalan Menteri Kewangan pada tahun 1981, sebelum menyandang jawatan Menteri Kewangan sejak 1999.

Bagaimanapun, kreadibiliti Mahfuz untuk berbicara mengenai ekonomi dan kewangan negara agak meragukan ekoran tiada maklumat jelas mengenai latar belakang pengajiannya kecuali dakwaan yang mengatakan dia hanya lulusan SRP atau SPM.

Selain itu, wujud juga dakwaan yang mengatakan Ketua Penerangan PAS itu pernah bekerja sebagai "tukang angkat beg" (potter) di sebuah lapangan terbang di utara semenanjung sebelum mencebur diri dalam bidang politik. -Amir Hamzah/UtaraNews.com