KUALA LUMPUR - Pas hari ini menempelak DAP berhubung tindakan parti itu
dalam mempertikai kehadiran Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ke
Mesyuarat Majlis Pimpinan PR.
Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, DAP tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan terbabit kerana Hadi masih tidak menerima jemputan mesyuarat tersebut.
"Mereka (DAP) tidak panggil (hadir mesyuarat), macam mana mereka nak tahu Hadi tidak hadir mesyuarat?"
"... Tidak betul, dia (DAP) tidak panggil (Hadi) lagi..Panggillah dulu, baru kita tahu Hadi datang atau tidak," katanya selepas sidang media di sini, hari ini.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali sebelum ini membidas Penasihat Agung DAP, Lim Guan Eng yang membangkitkan soal kehadiran Hadi ke mesyuarat tersebut.

Bagaimanapun, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditemui
di Parlimen baru-baru ini menafikan ketidakhadiran Hadi disengajakan
namun tidak menolak ia merupakan situasi yang amat jarang berlaku.
Ditebak mengenai strategi politik Pas dalam menangkis hujah DAP, beliau sebaliknya berkata, kesemua pihak harus bersemuka dan berbincang mengenai semua permasalahan yang timbul.
"Semua pihak dalam PR mesti duduk di meja perbincangan.
"Jika semua pihak berfikiran positif, tidak ada masalah untuk hadapi masalah parti dan PRU14 nanti," katanya lagi. -Sinar Harian