Malaysia Vs Vietnam: Harap Insiden Lawak Ini Tidak Berlaku Di Stadium...

Menjelang pertembungan di antara skuad Harimau Malaya bertemu pasukan Vietnam bagi perlawanan bola sepak separuh akhir Piala AFF-Suzuki malam ini, harapkan agar tiada berlaku insiden seperti ini.

Di sebuah daerah di wilayah Crete, Greece, baru-baru ini, seekor kambing mengejutkan pemain di sebuah perlawanan bola sepak apabila tiba-tiba muncul di padang.

Meskipun cuba dihalau beberapa kali, kambing jantan berkenaan tetap berdegil tak mahu keluar.

Gara-gara insiden itu, penonton perlawanan bola sepak membabitkan dua pasukan tempatan di bandar Lasithi itu tidak dapat menahan derai ketawa mereka.


Menerusi rakaman video, kambing itu dilihat memasuki padang ketika perlawanan berlangsung lalu berdiri depan penjaga gol sebelum dihalau oleh jurulatih dan pemain.

Bagaimanapun kambing itu tetap kembali semula ke padang membuatkan penonton tidak dapat menahan ketawa. -KedahNews.com