Seringkali kita terdengar pelbagai kes melibatkan penderaan di mana ibu bapa sewenang-wenangnya mendera dan memukul anak-anak mereka tanpa belas kasihan.
Islam sebetulnya, membenarkan ibu bapa memukul anak-anak mereka.
Bagaimanapun, terdapat garis panduan dalam memukul anak, khususnya memukul dalam kontek mengajar dan bukannya melepaskan kemarahan atau geram.
Berikut adalah 6 tips bagaimana cara memukul anak untuk dikongsikan bersama...
.
Tidak menggunakan hukuman ini kecuali jika tiada cara lain lagi.
2. Jangan memukul ketika marah. Tarik nafas dalam-dalam, hadirkan kewarasan dahulu.
3. Jangan sesekali
memukul di muka dan ini termasuklah segala bentuk hukuman seperti
mencubit di pipi. Tidak memukul di bahagian yang menyakitkan seperti
wajah, kepala dan dada.
4. Pukulan bukanlah berTujuan untuk menyakitkan, tetapi untuk memberi peringatan dan pengajaran.
5.Sebahagian orang berpendapat tidak boleh memukul anak yang berumur bawah 10 tahun. Mereka mengqiyaskan dengan hadis di atas.
6. Memukul tidak melebihi tiga kali. Juga dikiaskan dengan tindakan Nabi yang mengulangi sesuatu sebanyak tiga kali. -KedahNews.com