Mark Zuckerberg Pandai Cakap Cina Rupanya....

Mark Zuckerberg
Bahasa Mandarin adalah bahasa yang sukar, tetapi bagi pengasas Facebook, Mark Zuckerberg, beliau tidak menghentikan azamnya pada tahun ini untuk mempelajari dan menguasai bahasa itu.

Pada bulan Oktober baru-baru ini, Mark telah menghadiri sesi soal jawab di Universiti Tsinghua di Beijing, dan menerangkan lebih lanjut kenapa beliau mahu belajar Bahasa Mandarin.

Melalui video, Mark menyatakan: “My wife (Priscilla Chan) is Chinese. Her family speaks Chinese, and her grandmother only speaks Chinese. When Priscilla and I decided to get married, I told her grandmother using Chinese. She was really shocked.”
“Isteri saya (Priscilla Chan) ialah seorang berbangsa China. Seluruh keluarga isteri saya berkomunikasi menggunakan mandarin, termasuklah neneknya yang hanya menggunakan bahasa mandarin. 

"Jadi apabila kami memutuskan untuk berkahwin, saya buat pertama kalinya bercakap perkara ini dengan neneknya dengan menggunakan bahasa mandarin, beliau sangat terkejut”
Lihat bagaimana Mark buat pertama kalinya beliau berucap di hadapan orang ramai dengan menggunakan Bahasa Mandarin yang bagi kami, beliau berjaya bertutur dengan baik sekali. 

 




Sumber: Mynewshub.cc