Mulai 1 Januari ini, restoran makanan segera terkenal seluruh dunia,
Mcdonald dikhabarkan akan menghentikan penjualan kepada pelanggan yang
mengalami berat badan yang berlebihan.
Perlaksanaan yang dikira agak sedikit bias ini sebenarnya adalah
bertujuan untuk menyedarkan pengguna yang mengalami masalah obesiti dan
ia MUNGKIN dilihat hanya berkuat kuasa di negara Uncle Sam buat masa ini.
Menurut mereka, kadar obesiti di Amerika Syarikat meningkat dua kali
ganda sejak dua dekat lalu dan ia menjadi masalah kesihatan yang semakin
serius kerana lebih dua pertiga daripada penduduknya mengalami
tersebut.
Menurut laporan, mulai 1 Januari 2015 pihak Mcdonal tidak lagi
melayan pelanggan yang mempunyai berat lebih daripada 77kg untuk wanita
manakala 111kg untuk lelaki.
Walaubagaimanapun, sukatan bagi kanak-kanak pula adalah berbeza kerana ia bergantung kepada umur dan ketinggian.
Pihak Mcd melaksanakan sistem penimbang seperti gambar dibawah,
setiap pelanggan harus berdiri di atas penimbang semasa membuat pesanan.
Sumber: DailyBuzz