Melaka - Media sosial, agama serta isu Sabah dan Sarawak antara faktor yang akan diambil kira dalam memperkasa Akta Hasutan yang akan dipinda tahun depan.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid berkata, selain itu beberapa faktor lain turut akan diteliti dan diperincikan pihaknya sebelum pemindaan akta berkenaan dibentangkan dan dibahaskan di Parlimen dijangka pada Mac depan.
"Ketika akta itu dibuat pada 1948 masih belum ada media sosial, beberapa medium komunkasi juga tiada ketika itu. Malah terlalu banyak isu keagamaan yang sensitif dibangkitkan.
"Soal Sabah dan Sarawak juga dalam Akta Hasutan ketika ini tidak ada menyebut (tindakan ke atas) mana-mana individu atau organisasi yang mahu membawa negeri itu keluar dari Malaysia," katanya pada sidang media selepas merasmikan majlis From Bikers 4 Gaza dan Karnival Permotoran Melaka di Autocity di sini, hari ini.
Justeru, beliau bersama penasihat undang-undang Kementerian Dalam Negeri akan mengadakan perbincangan dengan Peguam Negara serta pengamal undang-undang bagi meneliti beberapa aspek yang perlu dipinda untuk memperkasakan akta itu.

Sumber: myMetro