Bila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Kerajaan
tidak akan memansuhkan Akta Hasutan 1948, maka gegak gempitalah beberapa
pihak menggelabah tidak tentu hala.
Bahang panas di hati semakin membara apabila Najib turut mengumumkan beberapa perkara yang akan memperkukuh lagi perlaksanaan Akta Hasutan yang digeruni penghasut-penghasut di seluruh negara.
Dalam keadaan gelabah tersebut, maka secaa spontan tercetus keluar api-api kemarahan pihak-pihak yang bencikan akta itu.
Mereka marah dan menuduh Perdana Menteri dengan pelbagai tuduhan, termasuk mungkir janji untuk memansuhkan Akta Hasutan. Padahal, mereka sendiri yang salah faham tentang terma "akan dipertimbang" dan perkataan "mungkin"!
Soalnya, mengapa menggelabah, mengapa nak marah sangat? Apa yang nak ditakutkan pada Akta Hasutan 1948 itu?
Jika dirujuk pada mana-mana peraturan, undang-undang, hukuman dan seumpamanya, sudah tentu ada sebab ia diwujudkan.
Misalnya, undang-undang Islam menetapkan hukuman potong tangan bagi mereka yang terbukti mencuri. Sudah tentu pencuri takut pada hukuman itu. Maka seboleh-bolehnya pencuri akan mencari jalan supaya undang-undang itu dimansuhkan.
Pada pencuri, undang-undang itu mengancam mata pencarian mereka. Undang-undang itu menyekat kebebasan mereka mencuri. Undang-undang itu akan mematikan kerjaya mereka dan menyebabkan mereka hilang tangan. Sudah tentu mereka benci undang-undang itu, bukan?
Samalah seperti Akta Hasutan.
Soalnya, apakah Islam suka pada hasutan? Sejak bila Rasulullah SAW menganjur dan mengajar umatnya menghasut? Sudah jelas Islam itu melarang sama sekali perbuatan menghasut.
Firman Allah SWT di dalam surah Al-Israa', ayat 53, yang mafhumnya:

"Dan katakanlah (wahai Muhammad) kepada hamba-hamba-Ku (yang beriman), supaya mereka berkata dengan kata-kata yang amat baik (kepada orang yang menentang kebenaran); sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menghasut antara mereka (Yang mukmin dan yang menentang); sesungguhnya Syaitan itu adalah musuh yang amat nyata bagi manusia."
Secara terang Allah SWT menegaskan bahawa menghasut itu adalah sifat
syaitan laknatullah dan apakah kita di Malaysia enggan menerima
kebenarang firman Allah itu?
Mudah bicara, sesungguhnya hanya pencuri yang takut pada undang-undang mencuri dan hanya penghasut sahaja yang takut pada Akta Hasutan.
Soalnya, mengapa ada beberapa pemimpin politik yang marah-marah, bising, membebel dan kecewa bila Akta Hasutan tidak dimansuhkan Najib?
Kononnya mereka pemimpin rakyat. Apakah ini contoh akhlak yang mereka tunjukkan pada rakyat yang memberi amanah pada mereka? Melebihkan utamakan politik dari realiti ketetapan Allah SWT?
Mohon renung-renungkan hikmah di sebalik undang-undang yang sememangnya wajar diteruskan itu. Lainlah jika kita suka menghasut, kan? -Amir Hamzah/UtaraNews.com