Misteri Kucing Warna Hijau Terjawab

Penduduk di sebuah kawasan pelancongan yang terkenal, Varna, yang terletak di Bulgaria, sebelum ini dikejutkan dengan kehadiran seekor kucing sesat yang berwarna hijau, yang berkeliaran di bandar tersebut.

Insiden berkenaan telah menyebabkan penduduk di situ berasa marah kerana menyangka kucing itu menjadi mangsa perbuatan kejam individu yang mewarnakannya dengan warna hijau.

Ekoran itu, penduduk di kawasan berkenaan telah menubuhkan akaun Facebook yang dipanggil "hukuman kepada dalang yang melakukan perbuatan jenayah" dalam usaha mencari pihak yang bertanggungjawab.

Bright green stray cat on streets of Varna, Bulgaria - 04 Dec 2014

Namun akhirnya kisah sebenar di sebalik insiden kucing berwarna hijau akhirnya telah terbongkar.

Menurut sumber, kucing berkenaan rupa-rupanya bertukar hijau kerana ia sering tidur di dalam timbunan cat hijau sintetik di dalam sebuah garaj.

Ia disokong dengan laporan bahawa kucing berkenaan menjadi semakin hijau setiap hari.

Persatuan Diraja Pencegahan Penganiayaan Binatang (RSPCA) sebelum ini memberi amaran bahawa mewarna atau mengecat binatang bagi tujuan kosmestik hanya akan menyebabkan haiwan berkenaan berpotensi menemui ajal. -KedahNews.com