Berat bahu memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. Derita dan sengsara di hati, hanya Allah sahaja yang tahu. Betapa simpati atau sedihnya kita melihat penderitaannya, sudah pasti anak kecil itu dan keluarganya sahaja yang tahu...
Bagi seorang anak kecil yang masih belum mengenal dunia, apalah yang difahami melainkan kesakitan yang perlu diharungi. Hanya tangisan yang dapat terbit dari bibirnya yang mungil...
Bagi seorang ibu pula, tentulah luluh hati melihat bayi yang dikandungnya selama sembilan bulan itu menderita menahan sakit, menangis tersedu-sedu menderita di depan mata. Bergenang air di kelopak mata...
Adik comel ini yang dikenali sebagai Muhammad Izzsraq Azraq yang baru berusia 1 tahun 8 bulan ini disahkan menghidap penyakit Short Bowel Syndrome.
Penyakit berkenaan adalah merupakan antara kes yang jarang-jarang dihidap, lebih-lebih lagi melibat anak kecil seusia Muhammad Izzsraq, dan ia dikenal pasti sebagai penyakit yang menyerang bahagian usus penghidapnya.
Namun takdir dan ujian Allah SWT itu terpaksa ditempuh anak kecil itu yang difahamkan telah melalui beberapa siri pembedahan biarpun dia tidak mengerti erti kehidupan yang sebenar.
Menurut sumber laman Facebook "PRAY for Izzsyraq Azraq", setiap rawatan yang dihadapi adik ini pada dasarnya hanyalah dalam peringkat percubaan diagnosis dan tindakan itu diambil kerana masih tidak terdapat
rujukan untuk penyakit seperti itu di negara kita.
Kami di KedahNews.com mendoakan agar adik Muhammad Izzsraq diberi kekuatan oleh Allah SWT untuk terus berjuang dan semoga cepat sembuh, serta tidak berputus asa untuk mendapatkan rawatan sehingga pulih.
Sebagaimana yang disabda Rasulullah SAW yang mafhumnya, "setiap penyakit itu punya ubatnya", kami doakan agar adik sihat kembali.
Buat ibu, ayah dan keluarga adik Muhammad Izzsraq, kami mengharapkan kalian bersabar menempuh dugaan dari Allah SWT dan bersabarlah kerana setiap kesabaran itu adalah ibadah serta diberi pahala olehNya.
Sebagaimana yang disabda Rasulullah SAW yang mafhumnya, "setiap penyakit itu punya ubatnya", kami doakan agar adik sihat kembali.
Buat ibu, ayah dan keluarga adik Muhammad Izzsraq, kami mengharapkan kalian bersabar menempuh dugaan dari Allah SWT dan bersabarlah kerana setiap kesabaran itu adalah ibadah serta diberi pahala olehNya.
Berikut pula adalah sedikit penerangan mengenai penyakit yang dihidapi adik Muhammad Izzsraq yang dipetik dari sumber Youtube. -KedahNews.com